fb fb fb fb fb

Cacar Monyet: WHO dedah 780 kes dilapor di 27 negara bukan endemik

(Pegawai kesihatan penumpang yang tiba dari luar negara untuk mengesan simptom cacar monyet
di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai/FOTO AFP)

GENEVA, 6 Jun - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan 780 kes cacar monyet sudah pun dilapor di 27 negara bukan endemik.

Bagaimanapun WHO percaya angka tersebut berkemungkinan lebih rendah daripada perangkaan sebenarnya disebabkan maklumat epidemiologi dan makmal yang terhad.

Negara-negara bukan endemik yang disenarai WHO dengan kes cacar monyet paling banyak ialah Britain (207 kes), Sepanyol (156 kes), Portugal (138 kes), Kanada (58 kes) dan Jerman (57 kes).

Selain Eropah dan Amerika Utara, kes juga dikesan di Argentina, Australia, Maghribi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

(Gambar fail diambil pada 7 Januari 2011 yang diedarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
untuk menyiasat wabak cacar monyet, yang berlaku di Republik Demokratik Congo (DRC)/FOTO AFP)



Kebanyakan pesakit dilapor telah dimasukkan ke hospital selain sebahagian mereka yang perlu menjalani tempoh pengasingan.

WHO bagaimanpun masih mengekalkan tahap risiko global penyakit itu sebagai sederhana.

Ini berikutan sesetengah negara melaporkan generasi baru kes tidak lagi muncul dan kes hanya dalam kalangan kontak rapat kes yang disahkan sebelum ini.

Media Baharu