GAZA, 19 Disember - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, dalam serangan terbaharu rejim Zionis di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa Palestin.
Agensi berita rasmi Palestin melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin di beberapa lokasi di Gaza, mengakibatkan seorang kanak-kanak maut dan tiga individu lain cedera.
Dalam kenyataan berasingan, Jabatan Pertahanan Awam Gaza memaklumkan tiga letupan lain berpunca daripada sisa peluru yang ditinggalkan oleh tentera Zionis.
Insiden itu mengakibatkan seorang lagi kanak-kanak terbunuh dan beberapa orang awam cedera.
Salah satu letupan berlaku di kem pelarian al-Nuseirat di tengah Gaza.
Pihak pertahanan awam berkata insiden melibatkan bahan letupan tidak meletup semakin kerap berlaku di kawasan perumahan, sekali gus mengancam keselamatan penduduk.
Jabatan itu turut menggesa tindakan segera oleh pihak antarabangsa bagi membersihkan sisa peluru yang berbahaya di kawasan terbabit. - REUTERS