fb fb fb fb fb

Serangan Zionis di Gaza: Rumah musnah, nyawa melayang

Foto REUTERS

GAZA, 12 Ogos - Penduduk Palestin di Hospital Arab Al-Ahli, Gaza, hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga yang terkorban dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza.

Saksi dan petugas perubatan memaklumkan, pesawat dan kereta kebal rejim zionis kembali membedil kawasan timur bandar itu pada waktu malam, mengorbankan tujuh mangsa di dua buah rumah di pinggir bandar Zeitoun serta empat lagi di sebuah pangsapuri di pusat bandar.

Sejak itu, operasi darat dan udara Israel terhadap Hamas di Gaza telah meragut lebih 61,000 nyawa penduduk Palestin, memusnahkan sebahagian besar wilayah tersebut dan mencetuskan krisis kemanusiaan dengan kekurangan bekalan makanan, air bersih serta tempat perlindungan yang selamat. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE