fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan Balkan, asap tebal menyelubungi kawasan bukit

Foto REUTERS

MISICI, 12 Ogos - Beberapa siri kebakaran hutan melanda rantau Balkan sejak hujung minggu lalu susulan cuaca panas berpanjangan dan hujan yang sedikit, mengakibatkan asap tebal membumbung di kawasan perbukitan.

Di Montenegro, rakaman video pada Selasa menunjukkan kepulan asap besar naik dari perbukitan berhampiran bandar Misici, manakala foto pada Isnin pula merakamkan api marak di kawasan bukit ketika kebakaran malam.

Reuters mengesahkan lokasi kejadian dengan memadankan rupa bentuk muka bumi, tiang elektrik dan tumbuhan dengan imej satelit serta paparan jalan, selain mengesahkan tarikh melalui metadata pada fail asal. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE