BEIJING, 12 Ogos - China memutuskan hubungan dengan Presiden Republik Czech, Peter Pavel susulan pertemuannya dengan Dalai Lama ke-14, Tenzin Gyatso, yang dianggap menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu.
Memetik laporan agensi berita rasmi Rusia, Sputnik dan RIA Novosti, Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, Pavel tetap berkeras untuk melakukan perjalanan ke India bagi bertemu pemimpin spiritual Tibet itu meskipun telah diberi peringatan berulang kali dan menerima penentangan tegas daripada Beijing.
“Sebagai tindak balas terhadap tindakan terbuka dan provokatif Pavel, China telah memutuskan untuk menghentikan sebarang interaksi dengannya,” kata Lin dalam satu kenyataan. - BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI