BEIRUT, 26 Oktober- Beberapa siri serangan Israel menggegarkan pinggir bandar selatan Beirut.
Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan pesawat musuh melancarkan sekurang-kurangnya lapan serangan udara yang didakwa sebagai kubu kuat Hizbullah dan menyasarkan daerah termasuk Haret Hreik, Burj al-Barajneh dan Laylaki.
Tindakan dilakukan sebaik sahaja Israel menghalau penduduk dengan mengeluarkan arahan berpindah kepada orang ramai di dua kawasan kejiranan.
Jurucakap tentera Zionis memberi amaran akan menyerang kembali kawasan itu dalam masa terdekat.
Arahan pemindahan termasuk peta yang menunjukkan bangunan yang akan menjadi sasaran di daerah Burj al-Barajneh dan Haret Hreik.
"Anda berada berhampiran kemudahan dan kepentingan yang bergabung dengan Hizbullah, yang mana Pasukan Pertahanan (tentera) Israel akan bertindak dalam masa terdekat," kata jurucakap tentera Avichay Adraee dalam satu siaran di X.
Sementara itu, wartawan AFP mendengar bunyi letupan, manakala rakaman AFPTV menunjukkan kepulan asap dari pinggir bandar selatan Lubnan. -AFP