GAZA, 20 Mei - Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh pada Selasa akibat serangan udara Israel di seluruh wilayah tersebut.
Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Serangan terbaharu ini adalah sebahagian daripada operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan Israel sejak Sabtu lalu untuk menumpaskan Hamas, dengan tentera darat turut dihantar ke wilayah tersebut.
Serangan menyasarkan sekolah dan rumah-rumah di kem pelarian Nuseirat dan Jabalia.
Sementara itu, bantuan kemanusiaan akhirnya dibenarkan masuk buat kali pertama dalam lebih dua bulan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran dua juta penduduk Gaza kini berdepan kebuluran.
Tekanan antarabangsa semakin meningkat terhadap Israel, dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Kanada mengutuk tindakan ketenteraan yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Sejak Oktober 2023, lebih 53,000 orang telah terkorban. - AFP