fb fb fb fb fb

Lima maut dalam serangan bersenjata di Tel Aviv

BNEI BRAK, 30 Mac -Lima orang dilaporkan terbunuh dalam serangan bersenjata terbaharu di Bnei Brak, berhampiran bandar Tel Aviv.

Perkara itu disahkan ketua responden kecemasan Magen David Adom, Eli Bin.

Susulan kejadian, polis dikerah ke lokasi terbabit

(Lima orang terbunuh dalam serangan senjata dekat Tel Aviv/AFP)

 

"Dukacitanya kami laporkan bahawa lima orang meninggal dunia," kata ketua pasukan kecemasan Magen David Adom, Eli Bin, ketika merangkumkan kes kematian daripada insiden tembakan di dua lokasi dekat Bnei Brak.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas, yang berpangkalan di Tebing Barat, mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan berkenaan.

"Pembunuhan warga Palestin dan Israel hanya akan terus menjejaskan situasi ini, tatkala kita bergelut untuk mencapai kestabilan," katanya menerusi kenyataan seperti dilaporkan agensi berita Wafa.

Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak yang tampil mengaku terbabit dalam insiden tembakan berkenaan.

Ahad lepas, dua anggota polis Israel maut dalam serangan dua lelaki bersenjata di bandar Hadera, kira-kira 50 kilometer di utara Tel Aviv.

Kumpulan militan Daesh pada Isnin mengaku mendalangi serangan itu yang turut mencederakan 10 lagi mangsa.

Minggu lalu empat penduduk terbunuh dalam kejadian rempuhan kenderaan di bandar selatan Beersheba.

 

Media Baharu