fb fb fb fb fb

Lapan anggota pengaman PBB terbunuh, helikopter terhempas

GOMA, 30 Mac - Lapan anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) maut apabila sebuah helikopter terhempas di timur Republik Demokratik Congo yang bergolak.

Mangsa terdiri daripada enam warga Pakistan, dan masing-masing seorang warga Rusia dan Serbia.

Menurut tentera Pakistan, kejadian berlaku ketika kesemua mereka menjalankan misi tinjauan ke negara bergolak itu.

"Ketika menjalankan misi peninjauan di Congo, sebuah helikopter PUMA terhempas. Punca sebenar nahas masih belum dapat dipastikan," kata sayap media tentera Pakistan.

Ia turut memaklumkan bahawa enam tentera Pakistan adalah antara yang terbunuh.


(Lokasi berlakunya nahas helikopter PUMA terhempas menyebabkan lapan anggota pengaman PBB maut/AP)

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyatakan "rasa terkejut dan dukacitanya yang mendalam", dan memberi penghormatan kepada usaha keamanan global oleh angkatan tentera negara itu.

Pihak berkuasa tentera Congo di North Kivu berkata pemberontak M23 telah "menembak jatuh" pesawat itu.

Tetapi kumpulan itu menafikan dan sebaliknya mendakwa tentera Congo bertanggungjawab atas nahas itu.- AFP

Media Baharu