fb fb fb fb fb

Keselamatan diperketat sekitar Ibu Pejabat PBB di New York

FOTO REUTERS

NEW YORK, 23 September - Kawalan keselamatan ketat mengiringi hari pertama Perbahasan Umum Perhimpunan Agung PBB ke-80 di ibu pejabat PBB, New York pada Selasa, ketika pemimpin dunia mula tiba

Sesi tahunan badan dunia yang dianggotai 193 negara itu akan berlangsung selama enam hari, dengan hampir 150 ketua negara atau kerajaan serta puluhan menteri dijadual menyampaikan ucapan.

Dalam pada itu, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (US Secret Service) memaklumkan pihaknya berjaya membongkar rangkaian peranti elektronik canggih di sekitar New York yang digunakan untuk mengancam pegawai kerajaan AS, bersempena kehadiran pemimpin asing minggu ini.

Menurut kenyataan agensi tersebut, peranti itu dikesan dalam lingkungan 56 kilometer dari lokasi mesyuarat agung berkenaan, di mana Presiden AS Donald Trump dijadual menyampaikan ucapan pada Selasa.

“Hasil analisis awal menunjukkan wujud komunikasi selular antara aktor ancaman negara asing dengan individu yang sudah dikenal pasti oleh pihak penguatkuasaan persekutuan,” kata Perkhidmatan Rahsia.

Pihak berkuasa turut merampas lebih 300 pelayan SIM dan 100,000 kad SIM di beberapa lokasi, dalam operasi yang digambarkan sebagai ancaman segera kepada operasi perlindungan mereka.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE