fb fb fb fb fb

Tentera pakatan Saudi umum gencatan senjata di Yaman

RIYADH, 30 Mac - Tentera pakatan diterajui Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman dalam konflik menentang pemberontak Huthi mengumumkan gencatan senjata bermula Rabu pagi.

Tentera pakatan juga mengumumkan persetujuan agar rundingan damai diadakan pada bulan Ramadan yang bermula awal April ini.

(Pasukan yang setia kepada pemberontak Huthi Yaman mengambil bahagian dalam perarakan tentera menandakan ulang tahun ke-7 campur tangan
pakatan pimpinan Arab Saudi di negara mereka, di ibu negara Sanaa, pada 29 Mac 2022/AFP)

"Kami dengan ini mengumumkan keputusan menghentikan operasi ketenteraan di Yaman bermula 6 pagi Rabu, 30 Mac 2022," katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh Saudi Press Agency.

"Ini bertepatan dengan rundingan Yaman-Yaman dan bertujuan mewujudkan suasana positif untuk mereka mencapai kesepakatan dan perdamaian di Yaman pada bulan suci Ramadan," tambah kenyataan itu.

Kumpulan Huthi sebelum ini menolak untuk menghadiri rundingan damai anjuran Majlis Kerjasama Teluk di Riyadh melibatkan kerajaan Yaman dan kerajaan Amerika Syarikat serta Utusan Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Yaman Hans Grundberg.

Menurut kumpulan itu, mereka tidak akan menyertai rundingan yang diadakan di wilayah musuh.

Rundingan tersebut pada asalnya dijadualkan bermula hari ini. -AFP

Media Baharu