fb fb fb fb fb

Serangan ke atas kongres Brazil, pihak bertanggungjawab akan dihukum

FOTO AFP

BRASILIA, 12 Januari- Pihak berkuasa Brazil bakal menghukum kumpulan yang menyerbu dewan kongres di Brasilia.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap dua bekas pegawai kanan, salah seorang daripadanya adalah sekutu rapat bekas presiden sayap kanan, Jair Bolsonaro.

Salah seorangnya adalah Anderson Torres, yang penah memegang jawatan Menteri Keadilan dalam kabinet Bolsonaro dan berkhidmat sebagai ketua keselamatan di ibu negara.

Dia dipecat selepas keganasan mengejut pada Ahad yang mengingatkan pemberontakan pada 6 Januari 2021 di Washington dan mencetuskan kecaman global.

Menurut hakim mahkamah agung, Alexandre Moraers, kegagalan Anderson untuk bertindak ketika ribuan penyokong Bolsonaro menyerbu kongres, istana presiden dan mahkamah agung berpotensi sebagai jenayah.

Waran tangkap juga dikeluarkan terhadap Fabio Agusto yang mengetuai polis tentera di Brasillia dan juga dipecat selepas keganasan itu.

Laporan menyatakan dia kini sudah berada dalam tahanan.

Torres sedang bercuti di Amerika Syarikat ketika insiden itu.

Dia menafikan sebarang keterlibatan dalan kejadian itu dan berkata akan kembali ke Brazil untuk mempertahankan diri.

Bolsonaro meninggalkan hospital Florida, tempat dia menerima rawatan akibat masalah usus yang berpunca daripada tikaman pada 2018.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu