fb fb fb fb fb

Serangan jalanan akibatkan PM Denmark mengalami kecederaan di tengkuk

Mette Frederiksen/AFP

COPENHAGEN, 8 Jun- Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen membatalkan semua perancangannya pada Sabtu selepas mengalami kecederaan di tengkuk berikutan serangan yang dilakukan di jalanan.

Pejabat Frederiksen memberitahu AFP, beliau telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas serangan di dataran Copenhagen itu.

Serangan itu telah menyebabkan "kecederaan di tengkuk," katanya, sambil menambah bahawa keadaan perdana menteri "selamat tetapi terkejut dengan kejadian itu." Semua perancangannya pada Sabtu telah dibatalkan.

Presiden Perancis Emmanuel Macron menerusi satu hantaran di X, mengecam serangan itu dan disifatkan sebagai "tidak boleh diterima."

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan berharap Mette Frederiksen cepat sembuh," kata Macron.

Polis Denmark pada Sabtu berkata "seorang lelaki berusia 39 tahun dibawa ke mahkamah daerah Copenhagen untuk disoal siasat."

Perbicaraan dijangka pada pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan dan akan diadakan di Frederiksberg di Copenhagen.

Sementara itu dua saksi lagi, Marie Adrian dan Anna Ravn, memberitahu akhbar BT mereka melihat Frederiksen tiba di dataran itu sebelum kejadian berlaku pada pukul 6.00 petang Jumaat waktu tempatan.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI