fb fb fb fb fb

Korea Selatan siap siaga belon sampah dari Korea Utara

Foto AFP

SEOUL, 8 Jun- Tentera Korea Selatan siap sedia untuk sebarang kemungkinan belon membawa sampah dari Korea Utara pada Ahad. Tindak balas itu dilihat sebagai propaganda yang dihantar minggu ini oleh aktivis Korea Selatan.

Korea Utara menghantar ratusan belon berisi sampah minggu lalu menggambarkan sebagai tindak balas terhadap propaganda anti-Pyongyang yang dihantar oleh aktivis Korea Selatan.

Pyongyang mengumumkan pemberhentian belon pada Ahad tetapi beberapa hari kemudian, kumpulan Korea Selatan yang digelar 'Fighters for Free North Korea' berkata, ia telah menghantar 10 belon dengan pemacu jari USB yang mengandungi muzik K-pop dan 200,000 risalah terhadap pemimpin Kim Jong Un.

Tentera Korea Selatan "memantau dengan teliti dengan berhati-hati" kerana "kemungkinan lebih banyak belon sampah akan sampai ke Korea Selatan esok", kata jurucakapnya kepada AFP pada Sabtu.

Korea Utara berkata ia akan bertindak balas dengan "kertas buangan dan sampah" seratus kali ganda jumlah sekiranya Korea Selatan terus menghantar lebih banyak risalah ke Korea Utara.

Satu lagi kumpulan, terdiri daripada pembelot Korea Utara, berkata ia telah menghantar 10 belon pada Jumaat dengan 200,000 risalah anti-Pyongyang, 100 radio, dan pemacu jari USB yang mengandungi ucapan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol.

Ketua kumpulan itu Jang Se-yul, memberitahu AFP pada Sabtu organisasi berkenaan tidak akan menghentikan kempennya, "sama ada Kim Jong Un menghantar belon pembawa sampah atau tidak".

Minggu lalu belon yang dihantar Korea Utara telah mendarat di beberapa lokasi di Korea Selatan, dan ia didapati membawa sampah seperti puntung rokok, kadbod dan sisa bateri.

Sebagai tindak balas kepada penghantaran belon itu, Korea Selatan pada Selasa menggantung sepenuhnya perjanjian ketenteraan 2018 dengan Korea Utara bagi bertujuan mengurangkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Pihak berkuasa di Seoul mengutuk tindakan Korea Utara itu dan ia disifatkan sebagai tindakan "kelas rendah."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI