GAZA, 8 Jun- Israel mendesak untuk melakukan pengeboman ke atas Gaza pada Sabtu selain meneruskan ancamannya ke atas Palestin.
Serangan melanda pelbagai bahagian di Gaza dan menumpukan kawasan tengah wilayah Palestin, lapor saksi dan wartawan AFP.
Serangan berterusan rejim zionis Israel selepas pesawat pejuangnya melakukan serangan pada Khamis ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan PBB meragut 37 nyawa.
Tentera Israel mengakui ia melakukan serangan di kem pelarian Nuseirat dan mengatakan ia menyasarkan Hamas dan membunuh 17 pejuang itu.
Hamas menuduh tentera Israel memberikan 'maklumat palsu'. Kumpulan itu berkata tiga individu rejim zionis yang disenaraikan sebagai mati itu sebenarnya masih hidup.
Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) yang mengendalikan sekolah itu, mengecam Israel kerana menyerang kemudahan yang menempatkan 6,000 penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Agensi itu menerusi satu hantaran di X berkata, "sekolah bertukar tempat perlindungan" diserang rejim zionis "tanpa memberikan amaran terlebih dahulu".
"Menyasarkan premis PBB atau menggunakan untuk tujuan ketenteraan tidak boleh menjadi norma baharu. Ini mesti dihentikan dan semua pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Dalam pada itu Hamas juga menolak tuduhan Israel yang mengandaikan infrastruktur awam, termasuk kemudahan yang dikendalikan PBB dijadikan pusat operasi kumpulan itu.- AFP