fb fb fb fb fb

Serangan Israel tidak jejaskan pengeluaran misil Iran

Foto AFP

TEHRAN, 31 October- Iran menyatakan bahawa pengeluaran misilnya tidak terjejas, meskipun berlaku serangan udara Israel yang menyasarkan kemudahan ketenteraan minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan Iran, Aziz Nasirzadeh.

"Tidak ada gangguan dalam proses penghasilan sistem ofensif seperti misil.

"Musuh cuba merosakkan sistem pertahanan dan serangan kami," katanya kepada AFP.

Terdahulu, Israel melancarkan serangan terhadap tapak ketenteraan di Iran.

Angkatan bersenjata Iran memaklumkan bahawa serangan itu mengorbankan empat tentera dan menyebabkan kerosakan pada beberapa sistem radar.

Seorang orang awam turut terkorban dalam insiden tersebut, lapor media Iran. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM