fb fb fb fb fb

Serangan Israel ke atas Hospital Nasser sengaja sasar orang awam, petugas media

Hussam Al-Masri antara petugas media yang terbunuh dalam serangan rejim zionis ke atas Hospital Nasser/Foto Reuters

GAZA, 27 Ogos - Hamas menafikan mana-mana orang awam Palestin yang terbunuh dalam serangan terbaharu rejim zionis Israel ke atas Hospital Nasser merupakan kumpulan pejuang.

Pejabat media Hamas dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka yang terbunuh adalah orang awam, dengan lima daripadanya merupakan petugas media.

Kenyataan sama mendedahkan, salah seorang daripada enam rakyat Palestin yang dibunuh tentera Israel berada di al-Mawasi, jauh dari kawasan hospital.

Manakala, seorang lagi mangsa terbunuh di tempat lain pada waktu yang berbeza.

Terdahulu, Israel mendakwa kononnya berjaya membunuh sekumpulan pejuang dan tidak menyasarkan orang awam.

Susulan itu, Tel Aviv akan melakukan siasatan bagaimana orang awam, termasuk lima petugas media turut terkorban dalam serangan tersebut.-Reuters

ASHRIQ FAHMY AHMAD