BEIJING, 27 Ogos - China menggesa Amerika Syarikat menghentikan tindakan berbentuk 'gangguan', soal siasat dan penghantaran pulang pelajarnya, seiring kenyataan terbaharu Presiden Donald Trump yang mengalu-alukan pelajar dari negara Tembok Besar itu.
Jurucakap Kementerian Luar, Guo Jiakun berharap Amerika akan bertindak segera terhadap isu tersebut.
Terdahulu, Trump mendedahkan kolej-kolej di Amerika akan terkesan sekiranya tidak mengambil pelajar dari China.
Susulan itu, beliau membenarkan 600,000 pelajar kolej dari Beijing memasuki negara tersebut sebagai sebahagian daripada rundingan perdagangan dan kepentingan ekonomi kedua-dua negara.
Pentadbiran Trump sebelum ini juga telah melarang Universiti Harvard mengambil pelajar asing, namun, arahan tersebut telah dibatalkan oleh Hakim Persekutuan.-Reuters