fb fb fb fb fb

Serangan Israel gegar Tehran, Iran aktifkan pertahanan udara

Foto REUTERS

TEHRAN, 13 Jun 2025 – Televisyen rasmi Iran menyiarkan rakaman kepulan asap tebal naik dari beberapa bangunan di ibu negara Tehran pada Jumaat, selepas Israel mengesahkan telah melancarkan serangan ke atas Iran.

Media Iran melaporkan beberapa letupan kuat kedengaran di sekitar Tehran, dan sistem pertahanan udara negara itu berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya.

Dalam kenyataan rasmi, pihak berkuasa Israel mengisytiharkan darurat sebagai persediaan menghadapi serangan balas berbentuk peluru berpandu dan dron dari Iran.

Seorang pegawai tentera Israel berkata pasukan pertahanannya sedang menyasarkan "berpuluh-puluh" lokasi ketenteraan dan nuklear di Iran.

Menurutnya lagi, Iran kini mempunyai cukup bahan untuk menghasilkan sehingga 15 bom nuklear dalam masa beberapa hari.

Situasi ini menandakan peningkatan ketara dalam konflik antara kedua-dua musuh tradisi, di tengah-tengah kebuntuan rundingan nuklear antara Tehran dan Washington serta ketegangan berterusan di rantau Asia Barat.-REUTERS.

BERITA BERKAITAN
Israel serang Iran, siren amaran gegar Baitulmaqdis
Iran bakal diserang dalam masa terdekat -Trump
Isu nuklear : China sokong Iran kekalkan dialog dengan semua pihak

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD