BEIJING, 12 Jun - China kekal komited untuk menyelesaikan isu nuklear Iran melalui cara politik dan diplomatik.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, Lin Jian, Beijing turut menyatakan sokongan kepada Tehran dalam mengekalkan dialog dan rundingan dengan semua pihak yang berkaitan.
Lin membuat kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan media mengenai isu nuklear Iran dalam sidang media di sini.
"China sentiasa menyokong penyelesaian isu nuklear Iran melalui cara politik dan diplomatik, dan menyokong Iran dalam mengekalkan dialog dan rundingan dengan semua pihak yang berkaitan, serta berusaha ke arah penyelesaian yang menangani kebimbangan semua pihak.
"China juga bersedia untuk meneruskan komunikasi dan penyelarasan dengan pihak yang berkaitan, dan memainkan peranan yang membina dalam mempromosikan penyelesaian politik dan diplomatik isu nuklear Iran, dan menggalakkan keamanan dan kestabilan di Asia Barat," tambah Lin.
Iran dan Amerika Syarikat telah mengadakan lima pusingan rundingan tidak langsung yang dikendalikan oleh Oman. Tiga di Muscat dan dua di Rom sejak April lalu.
Pusingan keenam rundingan dijadual diadakan di Muscat pada Ahad ini. -REUTERS