fb fb fb fb fb

Nahas pesawat Air India, ada mangsa terselamat

Serpihan dilihat di lokasi di mana pesawat Air India 171 terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang di Ahmedabad. Foto AFP

AHMEDABAD, 12 Jun - Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan selamat dalam nahas melibatkan sebuah pesawat Air India pada Khamis.

Ketua polis bandar raya, G.S. Malik berkata setakat ini 204 mayat telah ditemukan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa yang terselamat dan berada di hospital.

Katanya, mangsa yang terselamat dikenali sebagai Ramesh Viswashkumar, 40, dan merupakan penumpang yang berada di kerusi 11A di dalam pesawat tersebut.

"Tiga puluh saat selepas berlepas, terdapat bunyi yang kuat dan kemudian pesawat itu terhempas. Semuanya berlaku dengan pantas," kata Viswashkumar.

"Apabila saya bangun, ada mayat berhampiran saya. Saya takut, saya berdiri dan berlari. Terdapat serpihan pesawat di sekeliling saya," katanya.

"Seterusnya ada individu yang membawa saya ke dalam ambulans dan terus ke hospital." tambah Viswashkumar.

Dalam pada itu, beliau berharap ada pihak yang sudi membantunya untuk mencari abangnya yang turut berada di dalam pesawat.

"Abang saya Ajay duduk di barisan berbeza di dalam pesawat. Dia mengembara bersama saya dan saya tidak menemuinya lagi," jelasnya lagi. -REUTERS.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI