fb fb fb fb fb

Iran tidak tunduk kepada paksaan mana-mana pihak

Foto AFP

TEHRAN, 12 Jun - "Iran tidak akan tunduk kepada sebarang paksaan".

Demikian ditegaskan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian susulan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengisytiharkan Tehran melanggar kewajipan berkaitan program nuklearnya.

Bercakap di bandar Ilam, Pezeshkian mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sengaja mengenakan sekatan dan tekanan ke atas negara itu untuk menghalang kemajuan Iran.

"Mereka melakukan ini kerana mereka (AS dan Barat) berpendapat bahawa mereka boleh menghentikan kemajuan kami dengan tekanan ini.

"Tanah ini akan dibina dengan semangat belia negara ini, dengan golongan elit, saintis, pelabur, serta inovator, dan AS tidak akan dapat mengekalkan kita dalam situasi ini." katanya.

Terdahulu, IAEA mengisytiharkan Tehran telah melanggar kewajipan program nuklearnya pada Khamis.

 Rundingan pusingan keenam antara AS-Iran mengenai program pengayaan uranium Tehran dijadual diadakan di Oman pada Ahad, 15 Jun. -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI