TULKARM, 21 Februari- Gabenor Tulkarm, Abdullah Kmeil, memberi amaran bahawa Israel berniat untuk melakukan genosid di kem pelarian Tulkarm, utara Tebing Barat.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Gabenor Tulkarm menyatakan bahawa serbuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, ke atas kem pelarian tersebut menjadi bukti jelas niat Israel untuk meneruskan pembunuhan di luar undang-undang, pemusnahan kediaman, serta pengusiran paksa penduduk Palestin.
"Kehadiran Netanyahu dan Katz di kem itu merupakan bukti kukuh bahawa pihak penjajah berniat untuk melakukan lebih banyak jenayah terancang terhadap rakyat Palestin.
"Beliau menggesa masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk segera campur tangan bagi melindungi penduduk Palestin yang telah berdepan dengan serangan tanpa henti selama 26 hari di wilayah berkenaan," lapor WAFA.
BERITA BERKAITAN: