GAZA, 22 September - Tentera Israel melancarkan serangan udara di kem pelarian Bureij, Gaza Tengah pada Ahad, yang mengorbankan lapan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.
Mangsa yang cedera dan terselamat dikejarkan ke Hospital Al-Awda di Nuseirat berhampiran, manakala keluarga yang berduka berkumpul bagi meratapi pemergian ahli keluarga mereka.
Sejak Oktober 2023, tentera Israel meneruskan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 65,000 nyawa rakyat Palestin.
Serangan berterusan itu bukan sahaja memusnahkan wilayah berkenaan, malah memaksa keseluruhan penduduk berdepan kebuluran.
Pada November tahun lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tindakannya ke atas wilayah berkenaan.- REUTERS