fb fb fb fb fb

Serangan Israel di Aleppo ragut 33 nyawa orang awam, tentera

Israel menyerang hospital Al Shifa di Gaza/REUTERS

KAHERAH, 29 Mac- Seramai 33 orang awam dan anggota tentera terbunuh selepas Israel dan kumpulan militan melancarkan serangan ke arah bandar Aleppo di utara Syria, kata Kementerian Pertahanan Syria pada Jumaat.

Serangan udara Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di luar bandar Aleppo pada pukul 1.45 pagi waktu tempatan kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Serangan itu sama seperti kejadian yang dilakukan dari Idlib dan luar bandar barat Aleppo yang disifatkan kementerian sebagai telah dijalankan oleh "organisasi pengganas" yang menyasarkan orang awam di Aleppo dan sekitarnya.

"Pencerobohan itu mengakibatkan syahid dan kecederaan kepada beberapa orang awam dan anggota tentera serta menyebabkan kerugian harta benda awam dan persendirian," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun kementerian itu tidak menyebut angka kematian tertentu atau menjelaskan sama ada mangsa yang terkorban disebabkan oleh serangan udara Israel.

Pada Khamis, dua orang cedera dalam serangan udara Israel di wilayah sekitar ibu kota Syria Damsyik, katanya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI