NEW YORK, 10 September - Serangan udara Israel ke atas Qatar merupakan "pelanggaran secara terang-terangan" terhadap kedaulatan Doha.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
Beliau menegaskan agar semua pihak berusaha ke arah gencatan senjata berkekalan dan mengelak tindakan yang boleh menjejaskannya.
"Kami baru sahaja mendapat maklumat tentang serangan Israel di Qatar, sebuah negara yang memainkan peranan yang sangat positif dalam usaha mencapai gencatan senjata dan pembebasan semua tebusan.
"Saya mengutuk pelanggaran terang-terangan ini terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Qatar," kata Guterres dalam satu sidang media. -AFP