fb fb fb fb fb

Qatar terus jadi perantara dalam krisis Gaza

Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani / AFP

QATAR, 10 September - Qatar akan terus memainkan peranan sebagai perantara dalam usaha mencapai gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza.

Ini meskipun serangan udara dilakukan Israel yang mengorbankan enam orang di sebuah kem didakwa milik pejuang Hamas di Doha.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani.

Beliau berkata, serangan itu sebagai satu 'detik penting' bagi rantau ini, dan menegaskan bahawa Doha 'berhak untuk bertindak balas terhadap serangan secara terang-terangan itu.'

"Tiada apa yang menghalang kami daripada meneruskan peranan (sebagai pengantara) untuk semua isu berbeza di sekeliling kami, di rantau ini," kata Sheikh Mohammed Abdulrahman.

Terdahulu, enam yang terkorban termasuk anak lelaki seoang perunding Hamas, Khalil al-Hayya dan pegawai keselamatan Qatar dalam serangan udara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ia dilaporkan bertujuan untuk menggagalkan usaha perantaraan. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID