fb fb fb fb fb

Serangan dron Israel di Rafah ragut dua nyawa

Foto WAFA

GAZA, 3 Mac– Dua orang awam terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan Rafah, selatan Gaza pada Ahad, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), PRCS memaklumkan bahawa pihaknya telah mengendalikan tiga kes kematian dan empat kecederaan di seluruh Gaza.

Terdahulu, empat orang awam, termasuk seorang wanita, terbunuh manakala enam yang lain cedera dalam serangan Israel di utara dan selatan Gaza.

Sejak gencatan senjata diumumkan di Gaza pada 19 Januari, hospital di wilayah itu telah menerima 116 mayat orang awam, kebanyakannya ditemukan di bawah runtuhan, selain 490 individu yang mengalami kecederaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM