fb fb fb fb fb

Serangan di Congo, 60 terbunuh

Foto AFP


CONGO, 3 Febuari- Seramai 60 orang terbunuh akibat serangan militan di sebuah kem pelarian di timur Republik Demokratik Congo pada Rabu.

Penduduk mendakwa militia CODECO bertanggungjawab melancarkan serangan di kem Savo, wilayah Ituri itu.

Jurucakap tentera Ituri, Jules Ngongo mengesahkan serangan oleh militan CODECO pada malam Selasa namun kumpulan itu berjaya mengubah haluan dan menyerang kem berkenaan.

Menurut penduduk kem, Lokana Bale Lussa, dia pada awalnya mendengar bunyi tangisan sebelum berlaku tembakan selama beberapa minit sebelum melarikan diri.

Sementara itu, presiden kumpulan kebajikan tempatan di Bahema-North, Charite Banza Bavi, berkata 63 mangsa disahkan maut dan ramai lagi cedera parah..

Kem Savo, menempatkan kira-kira 4,000 pelarian berdasarkan kiraan pada Disember lalu, menurut agensi migrasi PBB.

Militan CODECO kebanyakannya adalah daripada masyarakat petani Lendu, yang sudah lama terbabit dalam konflik dengan masyarakat penternak, Hema. -AFP

Media Baharu