fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Belanda terus bela keadilan keluarga mangsa MH17

Foto: AFP

UKRINE, 3 Febuari- Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte sekali lagi mengulangi azamnya untuk memastikan keadilan buat keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.

Perkara itu dinyatakan beliau semasa lawatannya ke Ukraine, dan menggesa diadakan sidang dialog bagi meredakan krisis antara Kyiv dan Moscow.

Menurutnya, keutamaan Belanda adalah membuktikan kebenaran terhadap kejadian sebenar, mendapatkan keadilan dan memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman.

Jelasnya, ia bukan suatu proses mudah tetapi berputus asa bukan suatu pilihan kepada Belanda.

Kerajaan Belanda juga menyalahkan Rusia sebagai bertanggungjawab di dalam kes tersebut.

Malah, krisis antara Ukraine-Rusia ketika ini dipantau teliti oleh Belanda, yang mana pendakwa raya negara itu menuntut pendakwaan terhadap empat lelaki yang dituduh membunuh dengan menembak jatuh MH17.

Pendakwa raya menyatakan bahawa defendan, yang kesemuanya masih bebas, membantu membekalkan sistem misil yang diguna oleh puak pemisah disokong Rusia menentang tentera Kyiv, dan diguna menembak roket terhadap pesawat itu.

Kesemua 298 orang penumpang, kebanyakannya warga Belanda terbunuh dalam tragedi berkenaan. -AFP

Media Baharu