fb fb fb fb fb

Eropoh dalam ‘gencatan senjata’ Covid boleh tamatkan penularan pandemik - WHO

FOTO AFP

COPENHAGEN, 3 Februari- Dua tahun selepas penularan pandemik COVID-19, Eropah bakal memasuki ‘tempoh bertenang lebih panjang’ berikutan kadar vaksinasi penduduk lebih tinggi, risiko jangkitan Omicron lebih rendah dan musim sejuk yang bakal berakhir.

“Tempoh perlindungan yang panjang ini harus dilihat sebagai ‘gencata senjata’ covid yang membawa kita kepada keamanan kekal,” jelas Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge.

Tambahnya, keadaan pandemik yang tidak pernah dialami sebelum ini, memberikan kemungkinan tempoh bertenang lebih panjang.

“Eropah juga akan berada pada kedudukan lebih baik untuk mencegah sebarang kemungkinan penularan semula COVID-19, walupun dengan varian lebih ganas berbanding Omicron,” katanya.

“Saya percaya bahawa ada kemampuan untuk bertindak balak terhadap varian baharu yang pasti akan muncul – tanpa melaksanakan semula langkah sekatan yang tidak diperlukan sebelum ini,” kata Kluge.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa senario optimis itu hanya akan berlaku sekiranya negara meneruskan kempen vaksinasi dan mempertingkatkan pengawasan untuk mengesan varian baharu.

Kluge juga menggesa pihak berkuasa kesihatan melindungi kumpulan berisiko dan terus memperomosikan tanggungjawab kendiri.

Penularan semasa varian Omicron menyaksikan kadar jangkitan telah melonjak di seluruh rantau Eropah yang terdiri daripada 53 buah negara, termasuk beberapa buah di Asia Tengah.

Minggu lalu, sekitar 12 juta kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di rantau itu. Menurut WHO, ia paras tertinggi sejak permulaan wabak di Eropah.-AFP

Media Baharu