fb fb fb fb fb

12 migran maut di sempadan Turki

Foto AFP


ISTANBUL, 3 Febuari- Mayat 12 orang migran yang beku ditemukan pihak berkuasa Turki berhampiran Greece, pada Rabu.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa tanpa memakai kasut masih belum dapat dipastikan.

Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu menuduh pasukan keselamatan Greece menghantar migran berkenaan kembali melintasi sempadan tanpa kasut.

Dalam kenyataan di Twitter, Soylu berkata, mereka yang maut adalah sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar daripada 22 pendatang yang dilucutkan kasut dan pakaian mereka oleh pihak keselamatan sempadan Greece.

Bagaimanapun, Greece menafikan dakwaan Turki bahawa tenteranya menghalau pendatang kembali semula ke Turki mahu pun menenggelamkan bot mereka di laut.

Menteri Migrasi, Notis Mitarachi dalam kenyataan pada Rabu menyangkal dakwaan Soylu dan menyifatkannya sebagai "propaganda palsu".

Sebaliknya, Mitarachi mendakwa Turki perlu melakukan lebih banyak usaha untuk menghalang migran daripada menggunakan negara itu sebelum memasuki Greece. -AFP

Media Baharu