fb fb fb fb fb

Serangan berdarah: Persatuan Akhbar Asing tuntut penjelasan segera Israel

Foto REUTERS

BAITULMAQDIS, 25 Ogos- Persatuan Akhbar Asing menuntut penjelasan segera daripada tentera Israel dan pejabat perdana menteri atas serangan terhadap sebuah hospital di Gaza, mengorbankan lima wartawan.

"Kami menuntut penjelasan segera daripada Angkatan Pertahanan Israel dan pejabat perdana menterinya.

"Kami juga menyeru Israel agar menghentikan perbuatan keji menyasarkan wartawan," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, lima wartawan termasuk seorang pekerja bebas yang berkhidmat untuk The Associated Press terbunuh dalam serangan menyasarkan Hospital Nasser, di Khan Younis di Gaza.

Antara yang terbunuh ialah Mariam Dagga, 33, seorang wartawan visual yang bekerja bebas untuk AP serta saluran berita lain.

AP berkata dalam satu kenyataan menyebut, pihaknya terkejut dan sedih apabila mengetahui kematian Dagga, bersama dengan wartawan lain.

Menurut Ketua Jabatan Rekod Kementerian Kesihatan Gaza, Zaher al-Waheidi, 19 orang terbunuh dalam serangan menggunakan dua peluru berpandu itu. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello