GAZA, 3 Februari- Puluhan orang awam terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel yang menyasarkan dua kediaman di Rafah, selatan Gaza.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber berkata pesawat Israel membedil kediaman milik keluarga Hijazi sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh.
Rejim Zionis turut melakukan serangan udara di rumah milik keluarga Al-Hamas sehingga mengakibatkan dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 27,131 nyawa terkorban dan mencederakan 66,287 yang lain.
Beribu-ribu orang awam masih hilang, terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan.
Pasukan Israel turut menghalang akses kru ambulans dan pasukan pertahanan awam untuk menyelamatkan penduduk Gaza yang cedera serta maut.