MESIR, 3 Februari- Puluhan kanak-kanak Palestin telah dipindahkan pada Khamis dari Gaza ke Mesir untuk menerima rawatan di Qatar.
Kesemua 26 kanak-kanak itu yang menaiki ambulans tiba di Lapangan Terbang Tentera El-Arish berhampiran sempadan Rafah, sebelum menaiki pesawat angkatan tentera Qatar menuju ke Doha.
Kecederaan kesemua mangsa akibat pengeboman Israel adalah satu-satunya jalan untuk mereka keluar dari Gaza yang dikepung.
Iman Wael, ibu kepada seorang mangsa yang cedera berkata mereka sebelum ini telah berputus asa kerana hospital di Gaza telah dikepung dan tidak lagi selamat.
"Rumah di Gaza telah dibom, bapa, datuk dan bapa saudara kami meninggal dunia.
"Saya cedera ringan dan kepala anak perempuan saya cedera dan beliau masih tidak sedarkan diri.
"Saya pergi ke Hospital Al-Shifa untuk membawa ahli keluarga yang cedera.
"Sebagai suri rumah dan ibu, kebimbangan utama kami ialah keselamatan anak-anak.
"Kami melarikan diri dari satu rumah ke rumah yang lain demi anak-anak.
"Malangnya, Gaza tidak lagi selamat, serangan tersebut terjadi sehingga di luar jangkaan," kata Iman kepada pemberita di sini. - REUTERS