PARIS, 3 Februari- Tiga orang cedera dalam satu kejadian tikaman pada Sabtu di stesen kereta api Gare de Lyon di Paris.
Polis Paris berkata seorang suspek dalam insiden berkenaan telah ditahan.
"Tiga orang cedera dalam insiden tersebut termasuk seorang cedera parah.
"Suspek menikam kesemua mangsa sekitar pukul 8.00 pagi waktu tempatan di stesen yang menyediakan perkhidmatan kereta api domestik itu.
"Stesen berkenaan turut membawa penumpang menuju ke Switzerland dan Itali," menurut kenyataan tersebut.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan kewarganegaraan lelaki tersebut. - AFP