fb fb fb fb fb

10 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Filipina

Foto Fail

MANILA, 3 Februari- Jumlah kematian akibat tanah runtuh dan banjir, disebabkan hujan lebat di selatan Filipina minggu lalu meningkat kepada 14 orang.

Menurut pegawai penyelamat, Jaiasent Cabactulan, sekurang-kurangnya 10 orang maut di Davao de Oro disebabkan banjir.

"Daripada 10 kematian di Davao de Oro, tiga direkodkan di New Bataan dan empat lagi terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Maragusan dan Monkayo.

"Tiga orang lagi lemas dalam kejadian berasingan di Pantukan dan Maco di Davao de Oro.

"Banjir di wilayah bersebelahan Agusan del Sur telah menenggelami kampung dan tanaman," katanya kepada AFP di sini.

Terdahulu, hujan lebat yang telah melanda beberapa bahagian Mindanao selama berminggu-minggu telah memaksa puluhan ribu orang berpindah ke pusat perlindungan.

Filipina antara negara yang terdedah dengan kesan perubahan iklim. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM