BEIRUT, 19 November- Seramai lima orang terkorban dalam serangan Israel di Beirut semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan di kawasan Zuqaq al-Blat itu turut menyebabkan 31 orang mengalami kecederaan.
"Kebanyakan penduduk telah melarikan diri ke selatan Beirut.
"Israel melancarkan tiga serangan dalam tempoh dua hari di Beirut, selepas beberapa minggu melancarkan serangan udara," menurut kenyataan itu.
Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan melaporkan bahawa sebuah pangsapuri yang menjadi sasaran Israel mengalami kerosakan teruk.
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekitar Beirut pada Ahad lalu.
Jurucakap Hizbullah, Mohammed Afif, dan empat anggota pasukan medianya turut menjadi mangsa dalam salah satu serangan tersebut.
Krisis Gaza turut semakin memburuk apabila kementerian dalam negeri yang dikendalikan Hamas melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam operasi terhadap rompakan trak bantuan di wilayah berkenaan. - AFP