fb fb fb fb fb

September direkodkan alami cuaca paling panas tahun ini

GREECE, 8 Oktober - Tahun ini mencatatkan sebagai mengalami cuaca paling panas direkodkan, dengan suhu 0.52 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.

Para saintis memaklumkan, perubahan iklim beserta kemunculan corak cuaca El Nino tahun ini, yang menyebabkan cuaca panas di perairan permukaan di timur dan tengah Lautan Pasifik, mencetuskan suhu tinggi memecahkan rekod baru-baru ini.

"Suhu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, pada September, berikutan musim panas yang mencatat rekod, telah memecahkan rekod dengan jumlah yang luar biasa. Cuaca melampau ini telah mendorong 2023 untuk menjadi tahun paling panas dan sekitar 1.4 C melebihi suhu purata praindustriā€, kata Timbalan Pengarah Copernicus,Samantha Burgess, menerusi satu kenyataan.

Bulan lepas iaitu September dicatatkan paling panas dalam rekod global, 0.93C melebihi suhu purata pada bulan sama pada 1991-2020. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu