fb fb fb fb fb

Polis Uganda henti perarakan sambut Bobi Wine di lapangan terbang

UGANDA, 8 Oktober - Ramai anggota polis ditugaskan di lebuh raya di sini, menuju ke lapangan terbang antarabangsa Entebbe pada Khamis lalu.

Tindakan itu bagi menahan kenderaan daripada menghampiri lapangan terbang, kerana dijangkakan orang ramai akan menyerbu lapangan terbang itu dan berarak menyambut ketibaan ketua pembangkang, Bobi Wine, dari luar negara.

Polis memaklumkan pihaknya akan menahan sesiapa sahaja yang berada di jalanan untuk menyambut Wine.

Bagaimanapun, Wine dipaksa masuk ke dalam kereta oleh ejen keselamatan dan dibawa pulang selepas turun dari pesawat.

Wain merupakan pencabar politik paling kuat kepada Presiden veteran Yoweri Museveni yang telah berkuasa sejak 1986.

"Hari ini pada pukul 10 pagi saya mendarat di lapangan terbang Entebbe menaiki Rwanda Air. Malangnya seperti yang anda semua lihat, saya ditahan dan perlu memasuki kereta yang sudahpun menunggu saya di sini, " kata Wine.

Kerajaannya telah dituduh oleh penentang dan aktivis hak asasi manusia sebagai menyekat pembangkang.

Wain sebelum ini pernah ditahan beberapa kali semasa mengetuai tunjuk perasaan. - REUTERS

(Bobi Wine/FOTO REUTERS)

Media Baharu