MADRID, 13 Ogos- Sepanyol telah memindahkan 44 kanak-kanak yang cedera atau sakit dari Gaza bersama kira-kira 100 saudara mereka sejak beberapa bulan lalu.
Menurut kenyataan kerajaan, empat misi pemindahan berasingan telah dijalankan dengan penyelarasan daripada organisasi antarabangsa dan negara bersekutu.
Operasi diketuai oleh Kementerian Keselamatan Sosial dan Migrasi Sepanyol.
"Kanak-kanak dan keluarga mereka telah dipindahkan ke seluruh Sepanyol untuk menerima rawatan perubatan.
"Mereka yang dibawa ke Sepanyol layak memohon suaka," menurut kenyataan itu.
Menteri berkenaan, Elma Saiz menyifatkan operasi tersebut sebagai simbol "perpaduan dan kerjasama antarabangsa dalam menyelamatkan nyawa".
Kerajaan Sepanyol bawah pimpinan Perdana Menteri Pedro Sanchez menjadi antara pengkritik paling lantang di EU berhubung kempen ketenteraan Israel di Gaza. -AFP