fb fb fb fb fb

EU, UK, Jepun desak tindakan segera hentikan kebuluran di Gaza

Foto AFP

BRUSSELS, 13 Ogos- Kesatuan Eropah (EU), Britain dan Jepun menggesa tindakan segera untuk menghentikan kebuluran di Gaza.

"Penderitaan kemanusiaan di Gaza telah mencapai tahap yang tidak dapat dibayangkan.

"Kebuluran sedang berlaku di depan mata kita," demikian menurut kenyataan bersama yang ditandatangani oleh diplomat tertinggi EU dan menteri luar dari 24 negara, termasuk Kanada dan Australia.

Daripada jumlah itu, 17 negara Kesatuan Eropah menandatangani kenyataan tersebut, termasuk Perancis, Belanda dan negara pro-Palestin seperti Ireland dan Sepanyol.

Penyokong tegar Israel di EU iaitu Jerman bagaimanapun tidak menandatanganinya walaupun langkah drastik mereka untuk menghentikan eksport peralatan ketenteraan ke Israel minggu lepas.

Bulan lalu, EU memeterai perjanjian untuk meningkatkan akses bantuan ke Gaza namun perjanjian itu belum dilaksanakan sepenuhnya.

Pakar telah memberi amaran bahawa Gaza mengalami kebuluran manakala pertubuhan antarabangsa terus mengutuk sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel terhadap pengagihan bantuan di Gaza.

Menteri-menteri dan Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas juga menuntut Israel membenarkan semua penghantaran bantuan NGO antarabangsa dan memastikan tapak bantuan kemanusiaan beroperasi. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello