KAHERAH, 13 Ogos- Mesir sedang bekerjasama dengan Qatar dan Amerika Syarikat untuk menjadi perantara gencatan senjata selama 60 hari, sebagai sebahagian daripada usaha baharu menamatkan serangan Israel di Gaza.
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty berkata, pihaknya sedang bekerja keras ke arah itu dengan mendapat kerjasama penuh daripada Qatar dan Amerika Syarikat.
"Objektif utama adalah untuk kembali kepada cadangan asal iaitu mengadakan gencatan senjata selama 60 hari, dengan pembebasan beberapa tebusan dan tahanan Palestin.
"Ia juga bagi membolehkan aliran bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza tanpa sekatan, tanpa syarat.
"Kami sedang berbincang dengan Hamas dan Israel dan mendesak perjanjian berdasarkan rancangan Washington baru-baru ini," katanya dalam sidang media di sini.
Menurut sumber Palestin, satu delegasi kanan Hamas dijangka berada di Kaherah untuk rundingan dengan pegawai Mesir.
Bulan lalu, dalam rundingan selama lebih dua minggu di Doha menyaksikan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan gagal dicapai. -AFP