fb fb fb fb fb

Sepanyol lulus Cuti Iklim Berbayar sehingga empat hari

Foto AFP

MADRID, 29 November - Kerajaan Sepanyol meluluskan Cuti Iklim Berbayar sehingga empat hari bagi mengelakkan pekerja melakukan perjalanan ketika kecemasan iklim.

Tindakan itu diambil susulan banjir buruk pada Oktober lepas di negara tersebut yang menyebabkan 230 orang terkorban.

Menurut Menteri Buruh, Yolanda Diaz langkah itu juga bagi kawalan selia mengikut situasi supaya pekerja tidak perlu mengambil risiko.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Sepanyol, Carlos Cuerpo memaklumkan kos akibat cuaca ekstrem boleh berganda menjelang 2050.

Terdahulu,  2.3 bilion Euro diperuntuk untuk bantuan penduduk terjejas banjir. -AFP

Trainee2