GAZA, 29 November - Angka korban di Gaza telah meningkat kepada 44,330 orang.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, serangan Zionist Israel mengorbankan 48 orang dan mencederakan 53 yang lain.
Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan kepada 104,933 orang.
Pada Khamis, tentera Israel memperhebat serangan di kawasan tengah Gaza dan menghantar kereta kebal ke bahagian utara dan selatan wilayah tersebut.
Hospital Al-Awda di tengah Gaza melaporkan menerima 16 mayat dan 55 individu yang cedera sejak bermulanya serangan udara dan artileri berat di kawasan Nuseirat.
Pihak hospital berkata tentera Israel sengaja menyasarkan pekerja ambulans, yang sepatutnya dilindungi mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), tentera Israel turut menyerang sebuah kem bagi orang terlantar berhampiran Khan Younis di selatan Gaza, menyebabkan empat orang, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh dan ramai lagi cedera. - REUTERS