fb fb fb fb fb

3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia

Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel

JAKARTA, 29 November - Tiga orang maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkel, dua rumah dan sebuah kedai di Ilir Timur II, bandar Palembang, Sumatera, menurut polis tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

"Berdasarkan siasatan awal, kebakaran dipercayai bermula di sebuah bengkel sebelum merebak dengan cepat ke bangunan berhampiran. Mangsa terperangkap dalam kebakaran itu dan gagal menyelamatkan diri," kata Ketua Polis Ilir Timur II, Desy Ariyanti.

Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.

Selain itu, dua lagi mangsa melecur teruk dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA-XINHUA

GRACE AISYAH KEDAYAN