fb fb fb fb fb

Kren tumbang: Tiga maut, 10 cedera di Thailand

Kemalangan pembinaan sering berlaku di Thailand/Media sosial

BANGKOK, 29 November - Satu kejadian tragis berlaku awal pagi tadi apabila rangka keluli di tapak pembinaan di Jalan Rama 2, berhampiran Pasar Mahachai Muang Mai, runtuh menyebabkan tiga pekerja maut di tempat kejadian, manakala sepuluh lagi cedera.

Menurut polis, kemalangan berlaku di Samut Sakhon, barat Bangkok, ketika sebuah kren yang digunakan untuk membina jejambat runtuh.

"Tiga pekerja maut di tempat kejadian, manakala sepuluh lagi cedera, dengan beberapa mangsa dalam keadaan kritikal," kata Detchanakorn Chanthaphum dari polis Samut Sakhon kepada AFP.

Pasukan jurutera dan pihak polis sedang menyiasat punca runtuhan itu, yang disyaki berpunca daripada gelagar kren yang terlebih beban.

Kemalangan pembinaan sering berlaku di Thailand, yang mana pengusaha sering mengabaikan keperluan keselamatan dan beroperasi tanpa permit yang sah.

Pada Mac lalu, tujuh orang terbunuh apabila sebuah kren terjatuh semasa kerja pembinaan di sebuah kilang di timur Bangkok. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN