fb fb fb fb fb

Sepanyol arahkan Airbnb hapus 65,000 iklan sewa haram

Foto AFP

MADRID, 19 Mei - Sepanyol mengarahkan Airbnb untuk menghapuskan 65,935 iklan sewaan pelancongan yang didapati melanggar peraturan pengiklanan, termasuk kegagalan menyediakan nombor lesen sah dan maklumat penyewa.

Langkah ini diambil sebagai usaha menyeimbangkan sektor pelancongan yang pesat dengan krisis perumahan yang kian meruncing.

Airbnb sebelum ini merayu terhadap arahan kerajaan, namun mahkamah di Madrid memihak kepada pihak berkuasa dan mengarahkan syarikat itu untuk segera menurunkan 5,800 iklan.

Sepanyol menerima 94 juta pelancong pada 2024, namun peningkatan sewaan jangka pendek dikatakan menyumbang kepada krisis perumahan di bandar seperti Barcelona.

Menteri Hak Pengguna Sepanyol, Pablo Bustinduy, komited untuk menghentikan "kekacauan dan ketidakpatuhan" dalam sektor penginapan pelancongan demi melindungi hak pengguna dan meningkatkan akses kepada perumahan. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI