fb fb fb fb fb

Thailand dan Indonesia ikrar kukuhkan hubungan strategik

Lawatan rasmi pertama Prabowo Subianto ke Thailand dalam tempoh 20 tahun. - Foto AFP

BANGKOK, 19 Mei - Thailand dan Indonesia berikrar untuk memperkukuh hubungan strategik dengan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam bidang pertahanan, perdagangan, pelaburan, tenaga, keselamatan makanan, dan kesihatan awam.

Pertemuan antara Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, pada Isnin, menandakan lawatan rasmi pertama pemimpin Indonesia itu ke Thailand dalam tempoh 20 tahun.

Mereka juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam memerangi keganasan, keselamatan siber, dan latihan ketenteraan bersama.

Paetongtarn memberi jaminan mengenai komitmen bersama untuk memperkukuh perpaduan ASEAN di tengah-tengah ketidakpastian politik dan ekonomi global, selain bekerjasama untuk mempromosikan integrasi ekonomi dan sosial yang inklusif dan mampan serta meningkatkan kestabilan serantau.

Prabowo pulo menyatakan kebimbangan dan komitmen bersama mengenai konflik di Palestin dengan menggesa gencatan senjata segera, serta akses kepada bantuan kemanusiaan, dan menekankan bahawa proses perdamaian perlu dicapai melalui penyelesaian dua negara. - REUTERS

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI