fb fb fb fb fb

Seoul beri amaran Pyongyang henti guna kompleks perindustrian tanpa kebenaran

(Kompleks Perindustrian Kaesong/ Foto REUTERS)

SEOUL, 6 April - Korea Selatan memberi amaran akan mengambil 'langkah perlu' jika Pyongyang meneruskan penggunaan tanpa kebenaran kompleks perindustrian bersama di Utara yang pernah dilihat sebagai simbol perdamaian.

Lebih 50,000 pekerja Korea Utara pernah bekerja di Kompleks Perindustrian Kaesong, menghasilkan produk daripada jam tangan hingga pakaian untuk kira-kira 125 syarikat Korea Selatan yang membekalkan pembiayaan dan peralatan.

Seoul menarik diri daripada usaha itu yang dilancarkan selepas sidang kemuncak antara Korea 2000, pada 2016 sebagai tindak balas kepada ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara, dan berkata keuntungan Kaesong membantu membiayai provokasi.

Tetapi Korea Utara terus menggunakan kemudahan itu dan aset milik Korea Selatan tanpa kebenaran, kata kementerian penyatuan Seoul.

(Foto hiasan)

Pejabat perhubungan Korea Selatan menghantar notis menuntut aktiviti di kompleks tersebut dihentikan, tetapi Korea Utara enggan menerimanya, kata kementerian itu.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas akhbar Korea Utara, Rodong Sinmun menyiarkan satu set gambar yang menunjukkan seperti bas Korea Selatan yang pernah digunakan untuk membawa pekerja ke kompleks di Pyongyang.

Notis tersebut menyatakan penggunaan berterusan kemudahan itu 'tanpa mengira kehendak ahli perniagaan adalah jelas melanggar hak harta' dan perjanjian kedua-dua Korea mengenai jaminan pelaburan.

"Korea Utara harus menghentikan perkara ini dengan segera. Jika tiada maklum balas yang sepadan daripada Korea Utara berhubung permintaan kami, kami akan mengambil langkah perlu dengan mengandaikan bahawa Korea Utara telah mengaku mengendalikan kompleks itu tanpa kebenaran," menurut notis tersebut. -AFP

Media Baharu